ezie

ezie

July 28, 2013

July 27, 2013

untitled






dugaan ujian datang dekat dengan aku
sentiasa ade
mybe utk menghapus dosa2 aku p sungguh TUHAN aku sudah x mampu
yer!xkuat lagi











July 23, 2013

~inspirational quotes~





“I don’t regret the things I’ve done, I regret the things I didn’t do when I had the chance.”


“Its hard to wait around for something you know might never happen; but its harder to give up when you know its everything you want.”


 “Good things come to those who wait… greater things come to those who get off their ass and do anything to make it happen.”


“Happiness cannot be traveled to, owned, earned, or worn. It is the spiritual experience of living every minute with love, grace & gratitude.”


“Go where you are celebrated – not tolerated. If they can’t see the real value of you, it’s time for a new start.


“Life is short, live it. Love is rare, grab it. Anger is bad, dump it. Fear is awful, face it. Memories are sweet, cherish it.”


 “Love what you have. Need what you want. Accept what you receive. Give what you can. Always remember, what goes around, comes around…”


 “Being happy doesn’t mean that everything is perfect. it means that you’ve decided to look beyond the imperfections.”


 “Don’t worry about failures, worry about the chances you miss when you don’t even try.” – Jack Canfield



*akujugainginbahagiabersama*



 

July 21, 2013

~kawan saya~



macam tak percaya jer semalam aku lepak makan cOlek dengan kawan aku.sungguh sangat aku tak percaya.macam mimpi pOn ada.yer lar kann,almOst 8 mOnths kOt tak jumpa kawan aku tu.dia keje di kOta metrOpOlitan aku hanya di kampung halaman.beratus kilometer kami terpisah.

paling aku suka dengan sikap kawan aku ni,bila dia cuti balik kampung mesti ktOrang lepak sesama.kalau dia cuti lama lar.kalau cuti kejap jer tak ada lar dia ajak lepak kan.mesti lar dia nak spent time dengan family dia.yer,saya faham.kawan jer pOn.aku respect dia sebab dia tak ada r lupa kawan macam sesetengah orang. credit utk kawan saya itu!

bOrak2,tajuk utama ialah pasal keje.itu jer yang dibOrakkan.tak ada lar yang persOnal. ha!satu lagi dia ni kawan aku ni suka bagi semangat tau. best dapat kawan macam dia tau.weeeeeee.sekarang aku tengOk dia cam business minded lar pulak.Ok lar kan.semOga tercapai apa yang dhajati itu.saya mendOakan utk kawan saya ini.dia sukses ,saya suka.leh dia spOnsOr saya kan.ahahahahahahah

kali ni kitOrang lepak jauh sikit.selalunya dekat2 dengan rumah jer.kali ni jauh sikit.panjang dan banyak lar yang di kOngsikan.keje keje keje. dia tahu aku nak sangat keje lain.nk sangat keje luar. dia cakap dia nak tOlOng if aku betul2 nk keje luar 2.tapi apakan daya aku masih terpaksa menabur bakti disini.di kampung halamanku.

eh jap.lupa pulak nak cakap dia amik dan hantar aku depan pintu pagar rumah Ok.hahaha.semalam jugak kali pertama aku melantak cOlek di bulan puasa. dan semalam juga aku keluar malam selepas berbulan2 aku tak keluar malam.hahaha.sekali sekala Ok lar kan.tak ada lar mulut2 yang mengata.wahaha.maklum lar aku dah tak ada kawan yang ajak lepak2 ni.semua sudah berhijrah.ekekek.


k,stOp cerita semalam.kita tengOk plak apa cerita hari ini.
 


*dia...kawan saya, sahabat saya, saim saya, musuh saya sampai akhir hayat,INSYAALLAH*


lupa lak weii..dia,kawan saya ni dah nak kawen dah.tinggal lar daku sOrg2.harap2 bila da kawen dia still nk kawan sy,still jadi kawan,shabat,saim dan musuh saya!





July 18, 2013

~aku~




susahnya menjadi aku

deritanya menjadi aku

penatnya menjadi aku

laranya menjadi aku

seksanya menjadi aku

hibanya menjadi aku

sedihnya menjadi aku

serabutnya menjadi aku

sakitnya menjadi aku

ya,menjadi seorang aku memang begitu!



bukan niatku untuk merungut atau menyesali takdir ilahi tetapi kadang2 hati aku merintih keseorangan apabila tiba saat mengenang nasib diri sendiri seorang diri

apa akan jadi

apa akan berlaku

jika aku pergi jauh dari sini
jauh dari sisipan hari2 yang telah aku lalui
jauh dari derita ini
jauh dari dugaan ini
jauh dari ujian ini



aku bukan seorang yang tabah
aku bukan seorang yang kuat
aku bukan seorang yang sabar
aku bukan seorang yang tegar menelan segala yang berlaku



kerana



aku seorang yang lemah
aku seorang yang sensitif
aku seorang yang mudah tersentuh
aku seorang yang baran
aku seorang yang tidak boleh mengawal emosi
aku seorang yang khilaf
aku seorang yang mudah jatuh bila ditiup angin



tapi



aku diamkan diri tanpa bercerita dengan sesiapa sekalipun selagi aku masih tegar memendam duka itu seorang diri. jika aku tidak bisa tidak mampu lagi bertahan mulut ini dengan secara automatik secara lancar bercerita.aku pilih orang untuk aku bercerita.bukan bercerita kepada semua,hanya yang aku rasa perlu yang boleh meringankan kepalaku.bukan niatku untuk meraih simpati apatah lagi meyuruh mereka menangis mendengar dukaku tapi aku hanya ingin merasa berkongsi sekadar perlu.



ku telan jua
ku rempuh jua
ku hadapi jua 



terpaksa kerana aku telah ditakdirkan untuk menghadapi hidup yang begini


hidup yang dikatakan hidup sebenar


dan aku mempunyai rasa cemburu apabila melihat mereka yang bahagia tanpa duka lara
hidup sempurna tanpa cacat cela
hidup suka tanpa duka
hidup harmoni tanpa pecahbelah
hidup hidup dan hidup


jika ini takdirku,sesungguhnya aku redha dalam terpaksa kerana



aku juga ingin hidup bahagia
aku juga ingin hidup sempurna
aku juga ingin hidup suka
aku juga ingin hidup dalam harmoni
aku juga ingin hidup gembira



seperti mereka2 yang gembira
seperti mereka2 yang sempurna
seperti mereka2 yang bersuka ria
seperti mereka2 yang harmoni 


hidup aku nyawa aku nafas aku diri aku itu aku


'AKU REDHA DALAM TERPAKSA'




 

July 14, 2013

*1434 H*





terima kasih TUHAN atas nikmat umur yang KAU berikan padaku untuk menjalani ibadah puasa ramadhan di tahun ni. 1434H bersamaan puasa ramadhan untuk tahun 2013. aku berharap agar ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan2 sebelum ni. I/ALLAH..


aku tertarik dengan sekeping jadual yang telah dimuatnaik dalam mukabuku Farah Lee. sebelum ini  aku tidak pernah terfikir untuk membuat jadual seperti itu. kejap lagi aku muatnaik jadual tu untuk dikongsi bersama.


hari ini hari ke 5 kita umat Islam menyambut ramadhan dan hari ini juga hari ke 6 kita akan menyempurnakan solat terawih. ramadahan kali ini seperti ramadhan2 sebelum ini juga.sentiasa bersederhana untuk mengelak daripada pembaziran.sesungguhnya ALLAH murka pada orang yang membazir.


beli apa yang patut bukan beli mengikut nafsu.cukup sekadar mengisi perut yang kosong sepanjang hari bukan untuk mengisi nafsu semata2. jangan sesekali membazir.


ramadhan 1- berbuka bersama bonda dan kanda yg ke 3.
ramdhan 2- berbuka bersama bonda
ramdhan 3 & 4- berbuka bersama bonda,kanda dan anak saudara.*ini memang meriah gila.best!*






jadual yang berjaya menarik perhatianku lantas mengubah aktiviti di bulan puasaku.terima kasih sahabat.








itu Farah Lee punya versi.aku punya sedikit berbeza.


yang membezakan aku dengan dia hanya lar Qiam dan Reading. yang lain semua sama.tapi bukan semua yang ditandakan betul.ada yang belom sempat aku tunaikan lantas aku memangkah pada petak itu.




dengan adanya jadual seperti itu dapat lar aku menambah pahala yang semakin sedikit ni.


*Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H/2013*






ezirajaafar 
5 ramadhan/14072013


 

July 9, 2013

~ujian~





tadi aku tengok orang lain diduga diuji dengan ujian dan dugaan

dan

saat ni aku jua diduga diuji untuk melihat betapa sabarnya diri aku

dan 

sesungguhnya aku bukanlah seorang yang sabar bukan seorang penyabar

sesungguhnya aku bukan penyabar

harta barang aku jahanam
 bukan kerna tanganku
bukan kerna kakiku
bukan kerna diriku
bukan kerna aku!

kerna

sebab 

orang lain

tangan orang lain yang mengjahanamkan harta barang aku

demmmmmmmmm u!


mencuba untuk menahan amarahku
mencuba untuk menahan baranku
mencuba bersabar di atas ujianNYa






 


July 4, 2013

~ezirajaafar>aku suka~






aku suka buat apa yang aku suka buat

aku suka lakukan apa yang aku suka lakukan

aku suka dengar apa yang aku suka dengar

aku suka makan apa yang aku suka makan

aku suka minum apa yang aku suka minum

aku suka tengok apa yang aku suka tengok

aku suka cakap apa yang aku suka cakap

aku suka apa yang aku suka


dan yang paling penting aku sikit pon tak kisah apa yang orang nk cakap 


sebab

hidup aku cara aku aku punya pasal

tapi

jika ia keterlaluan

aku boleh terima teguran dengan cara yang betul

yang

aku rasa boleh diguna pakai

dan jika

si penegur itu berperangai lebih teruk dari aku

atau 

dia seolah-olah berlagak baik alim warak semua betul tentang dia

aku hanya

dengar

tanpa

menyerap apa yang aku dengar dari mulut dia


jelas sekali bahawasanya manusia tidak sempurna dan hanya kita sebagai pelukis di kanvas ini yang diberi tanggungjawab untuk mencoret melukis jalan kehidupan kita agar menjadi sempurna di mata kita sendiri diri sendiri tanpa mengikut identiti orang lain



hidup kita,kita cipta kenangan bukan orang lain 



hidup hanya sekali jadi kita ENJOY 


tapi


jangan melupakan SANG PENCIPTA !















July 3, 2013

~faveret~














sendiri...
sendiri ku diam...
diam dan merenung...
merenung jalan yang kan membawaku pergi...
pergi tuk menjauh...
menjauh darimu...
darimu yang mulai berhenti...
berhenti mencoba...
mencoba bertahan...
bertahan untuk terus bersamaku...



ku berlari kau trdiam...
ku menangis kau tersenyum...
ku berduka kau bahagia...
ku pergi kau kembali...
ku coba meraih mimpi...
kau coba tuk hentikan mimpi..


memang kita takkan menyatu!!














*sukadukagembiratawasedihlarajiwakacaukosong*